Followers

Monday, February 20, 2012

Terkini tentang Kahwin Ganti

alhamdulillah....manuskrip penuh kahwin ganti sudah dihantar untuk penilaian....


jika ada rezeki...kahwin ganti akan terbit dalam bentuk novel....


terima kasih bnyk2 sya ucapkan kepada yang selama ini menyokong  Luqman dan Zara


sehingga ke tahap ini..tanpa anda...tanpa kritikan dan comment anda semua....


sudah tentu tiadanya KG sehingga ke hari ini....


moga segalanya berjalan dengan lancar...AMIN....




p/s: ...KG dah berakhir...tp masih ada tak rasanya yang sudi membaca sedutan2 dari KG?


kalo ada...comment di sini ye!

Tuesday, February 14, 2012

Teaser Version Blog tentang si kembar


“Macam ni lah Luqman, untuk memudahkan cerita apa kata kau ceraikan saja Zara. Asalnya, dia memang patut kahwin dengan aku kan? Buat apa kau simpan perempuan yang kau tak sayang?”

“Siapa kata aku tak sayang? Aku sayangkan dia! Aku sayangkan Zara!” Luqman membentak. Dia bingkas berdiri lalu memeluk tubuh membelakangi Nuqman.

“Tepuk sebelah tangan, tak kan berbunyi Luqman. Zara tak sayangkan kau. Kata-kata cinta dan sayang yang selama ini dia lafazkan pada kau hanya sebab dia kelirukan aku dengan kau. Selama ni, dia setia di sisi kau hanya sebab dia bayangkan aku dalam  diri kau.Itu saja!”

“Kau bohong! Dari mana kau tahu semua ni?”

Nuqman senyum panjang sebelum dia turut berdiri di sisi Luqman.

“Zara yang jelaskan pada aku. Selama kau tak ada di sini, kami dah banyak kali keluar bersama. Kau tak percaya? Boleh tanya pada Dr.Iskandar. Dia sendiri nampak aku jemput Zara di fakulti. Terimalah kenyataan Luqman. Kau tetap Luqman, dan kau tak kan boleh gantikan aku sampai bila-bila. Walau apa pun, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi jadi ‘pengganti’ aku buat sementara. Sekarang, aku dah balik. Kau boleh pulangkan semula hak aku yang kau jaga.”

Luqman terpempan. Hatinya disentap. Tangannya menggeletar. Wajahnya terasa panas.Antara mahu percaya atau tidak dengan penjelasan Nuqman sebentar tadi.

“ Kenapa kau diam? Masih tak percaya? Buat pengetahuan kau, Zara yang usulkan supaya aku bercakap soal ni pada kau. Iyelah, dia kan perempuan. Tak kan lah soal kahwin cerai ni dia pula yang nak bercakap kan? Kau jangan risau, sebaik saja kau ceraikan dia aku akan segera nikahi dia. Aku akan bahagiakan dia sepertimana yang dia tak dapat rasa sewaktu dia bawah jagaan kau.”

p/s: anda pilih siapa? si luqman yang benar2 sayangkan Zara atau nuqman yang kembali menagih kasih Zara yang dahulu?

Friday, February 10, 2012

Tentang Zara dan Nuqman.....


“Zara tak tidur lagi?”.

Mya Zara lantas berpaling. Ternyata, bukan dia yang ada dalam fikirannya yang menegurnya. Mungkin suara mereka agak sama, tapi lenggok gaya ternyata berbeza. Mengenali Nuqman dan Luqman, sememangnya pasangan kembar itu ada sedikit perbezaan. Mya Zara mengalih pandangan ke hadapan.Sedikit pun tidak mengendahkan Nuqman yang mengambil tempat bersebelahan dengannya.

“Tak. Tak boleh tidur.”

“Kenapa? Fikirkan tentang saya?”

“Tentang awak?”
“Iye, tentang saya. Tentu banyak yang awak fikirkan selepas hampir dua tahun kita tak berjumpa kan? Awak rindukan saya?”

Mya Zara mengeluh panjang. Soalan Nuqman dirasakan seolah-olah tidak releven dengan keadaan status dirinya yang di kira Nuqman sudah tahu tentangnya.

“Saya isteri orang Nuqman.”

“Benar. Tapi awak tak bahagia dengan dia kan? Lagi pula, awak di paksa kahwin dengan dia tanpa awak sedari. Zara, biar pun dah tahu kebenaran , kenapa awak tak minta cerai dari dia dan tunggu kepulangan saya? Awak tak perlu teruskan hubungan yang sememangnya tak menjamin kebahagian awak. Memang Luqman, seiras saya. Tapi, dengan perangai Luqman sebegitu, mesti dia layan awak dengan buruk sekali.Ahhh..bila teringatkan tentang tu saya jadi benci pada diri sendiri. Kalaulah dari dulu saya maklumkan pada awak tentang Luqman, tentu awak tak kan berkahwin dengan dia. Hal ni juga tak kan berlaku kalau bukan sebab sikap buruk Luqman yang kaki perempuan tu!”

Nuqman melampiaskan marahnya di situ. Di sisi Zara. Zara hanya bersabar mendengar setiap tohmahan dan tuduhan yang diberi pada Nuqman pada suaminya.

“Ye, saya pun akui tentang sikap buruk Luqman itu.Tapi, Luqman dah berubah.”

Nuqman tertawa besar.

“Zara, kalau satu benda tu dah jadi tabiat takkan sekali-kali dia boleh tinggalkan.”

“Mana awak tahu itu memang tabiat dia? Mungkin juga dia lakukan semua tu hanya sebabkan suatu perkara yang pernah terjadi pada dia.”

Dahi Nuqman berkerut panjang. Wajah Mya Zara di pandang tidak puas hati.

“Mana awak tahu?”

“Dari mana saya tahu tak penting. Yang perlu awak faham, manusia boleh berubah dan Luqman tidak terkecuali.”

“Jadi, awak nak cakap di sini yang awak bahagia dengan Luqman? Macam tu?” Pertanyaan Nuqman berbaur perli. Wajahnya tegang.

“Alhamdulillah, setakat ni saya rasa bahagia sangat hidup dengan dia. Mungkin di awal perkahwinan kami, saya ambil masa untuk terima hakikat yang dia bukan awak. Tapi dengan masa, saya dapat terima dia dalam hidup saya dan saya sayangkan dia. Saya sayangkan Luqman.”

Nuqman senyum mengejek. Hatinya sakit mendengar pengakuan itu.Mug berisi air milo ditarik kasar dan diteguk laju.

“ Awak hanya akan bahagia bila awak bersama saya Zara”.

Kali ini Mya Zara pula tertawa kecil. Wajah Nuqman di pandang sambil kepalanya digeleng perlahan.

“Awak terlalu yakin Nuqman. Awak kena belajar terima kenyataan yang kita tak ada jodoh. Jodoh saya adalah Luqman, bukan awak.”

“ Iye, saya yakin pada jodoh dan saya juga yakin yang saya boleh ubah apa yang berlaku sekarang ni. Dengan kuasa sebagai abang, saya akan buat Luqman ceraikan awak!”

“Nuqman!”  Mya Zara beristighfar panjang. Wajah Nuqman di sisinya di pandang tanpa kerdip. Seakan tidak percaya kata-kata seperti itu keluar dari mulut Nuqman. Nuqman sudah banyak berubah! Dia bukan seperti Nuqman yang dahulu.

“Kenapa? Terkejut ye? Awak lupa prinsip saya? Bila saya kata saya nak, saya akan dapatkan juga walau apa pun yang berlaku dan kali ini saya akan dapatkan semula hak saya yang di rampas. Lepas dari ini, Luqman tak kan boleh lagi rampas apa saja yang saya miliki. Noktah!”

“Nuqman, jangan terlalu bongkak berkata-kata. Biar pun Luqman ikut cakap awak dengan menceraikan saya, saya tetap tak akan terima awak dalam hidup saya.”

“ Tapi kenapa? Saya sayangkan awak Zara.Terlalu sayangkan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak!”

Suara Nuqman yang keras tadi mulai menurun rentaknya. Wajahnya juga turut berubah mendung.

Mya Zara senyum sinis.

“Siapa kata tak boleh? Buktinya, awak masih ada di sini walau hampir dua tahun tanpa saya kan?”

Nuqman terdiam. Hilang kata-kata di situ. Otaknya ligat berfikir. Tangan Mya Zara di atas kaunter dapur itu dijeling sekilas. Tanpa kata, tangan itu ditarik ke sisinya dan dipegang kejap.

“Apa ni Nuqman? Lepaslah! Awak bukan suami saya! Awak tak ada hak untuk sentuh saya.”

“ Saya sayangkan awak Zara. Saya rindukan awak. Kahwin dengan saya ye! Lepas Luqman ceraikan awak, kita cepat-cepat menikah. Saya janji akan layan awak berganda lebih baik dari Luqman. Saya juga berjanji akan tebus semula dua tahun yang saya sia-siakan selama ini.Saya janji Zara! Saya janji!”

“Awak dah gila ke Nuqman? Lepaskan tangan saya!”

“Saya tak akan lepaskan tangan awak selagi awak tak berjanji yang awak akan kahwin dengan saya!”

“Tolong Nuqman, jangan buat macam ni. Nampak dek orang lain, macam mana?”

“Pedulikan kata orang! Yang penting, awak sayangkan saya dan nak kahwin dengan saya.”

“Saya isteri Luqman!”

Jawapan Mya Zara menaikkan lagi kemarahan Nuqman.Kali ini dia bertindak lebih pantas dengan menarik tubuh Mya Zara ke sisinya lalu dipeluk erat.

“Nuqman! Awak dah melampau…awak…”

“Nuqman! Apa semua ni?” 

Dan mereka sama-sama berpaling dari arah datang suara.....
p/s: jeng..jeng..jeng...siapakah orang itu? tunggu ye..

Wednesday, February 8, 2012

Sedikit Teaser Kahwin Ganti.....

Memperkenalkan sahabat baik Mya Zara...Farisya.
credit to lynda roslan...

Thursday, February 2, 2012

KG special entry ----- kenakalan Luqman @ Akim waktu dolu2


“Ummi! Tolong Nuqman!Luqman ambil beg sekolah Nuqman!” rengeknya sambil menarik-narik hujung baju kurung umminya yang sedang berdiri di sisi pintu rumah, sibuk menyiapkan bekalan untuk pasangan kembar kesayangannya itu.

“Luqman sayang, jangan buat macam tu pada abang. Bagi balik beg dia. Bukan ke abah dah beli beg sekolah yang sama untuk kamu berdua? Kenapa kamu nak juga pakai beg Nuqman tu?Hisyhhh..budak ni!”.

Luqman Hakim buat muka selamba. Sedikit pun teguran ummi tidak masuk dalam telinganya. Beg milik abangnya masih kemas di kelek dibelakang badannya. Selesai memakai stoking di kaki, dia senyum lagi. Tanpa menoleh ke belakang, cepat-cepat kasut Pallas Jazz yang di susun di sudut kanan pintu dicapainya dan dipakai.

“Ummi! Luqman pakai kasut Nuqman!”.

“Luqman!”.

“Alah, ummi juga cakap kasut kami berdua sama saja kan? Saiz sama, brand pun sama. Tak kisah lah mana-mana pun Luqman pakai”.

“ Tapi kasut tu aku punya! Ummi letak kat situ untuk aku pakai!”. Nuqman memberanikan dirinya untuk bersuara.Selalunya, dia hanya membiarkan semua harta bendanya jadi milik Luqman tapi kali ini dia mahu bertegas. Suka atau tidak, kasut di kaki Luqman tu harus juga dia pakai ke sekolah sebab itu kasut dia!

“Oooo..ye ke? Tak ada nama pun? Lain kali, tulis nama dulu baru aku tak ambik.Faham?”. Tegas Luqman sambil tersenyum mengejek. Sambil bersiul perlahan, dia mengikat tali kasutnya.

“Kalau aku tulis nama pun, kau ambil jugak! Buku latihan aku, semua kau ambik. Kau padam, kau tulis nama kau kan?”.

“Ada beza ke nama kau dengan nama aku? Aku padam huruf N, tukar pada L. Bukan susah pun.Jeng..jeng..jeng...terus jadi hak aku!”. Luqman tertawa besar. Namun tawanya tidak lama bila kepalanya tiba-tiba saja disekeh perlahan. Dia mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya yang sedikit berdenyut.

“Luqman buli abang lagi ye! Hisyhh kamu ni..apa lah nak jadi?Akak pun ada juga kawan kembar tapi tak lah seteruk kamu berdua ni.Pantang berjumpa, mesti bergaduh. Agaknya kan ummi, waktu dalam perut ummi pun mereka berdua ni dah mula berebut barang.Haaa...Luqman, tanggal kasut tu bagi pada Nuqman. Kamu ni kan, jangan lah besar nanti isteri Nuqman pun kamu ambil sudahlah” arah Nuha Aleesya.

“ Tak nak!”.

“Pulang semula!”.

“Tak nak! Dah ada dekat kaki Luqman, Luqman punyalah!”. Luqman berkeras.

“ Kamu nampak ni? Nak kena?”. Luqman sedikit terkebelakang bila penumbuk Nuha benar-benar di tujukan ke arah mukanya.

“ummi! Tengok kak long ni!”.

“Haaaa..tau pula kamu takut.Dengan si Nuqman ni berani sangat ye!Sudah tu Luqman, dah lewat ni. Cepat buka kasut tu. Bagi pada Nuqman”.

Luqman tarik muka.Perlahan-lahan, dia tunduk untuk membuka kasut dan kemudian atur langkah malas-malas ke hadapan pintu rumah.

Nuqman tersenyum kemenangan. Luqman pula rasa sakit hati melihat wajah itu tersenyum mengejek ke arahnya. Dia kembali senyum sendiri.Kasut di tangannya di jeling sipi. Perlahan-lahan dia tunduk di hadapan Nuqman sebelum mencapai kasut di atas lantai di hadapannya lalu berlari ke arah belakang rumah dengan kedua-duanya dengan gelak tawa yang panjang. Dari jauh, kedengaran suara Nuqman kembali menjerit seperti tadi.

p/s: khas untuk yang merindui en.luqman kita :-)

Wednesday, February 1, 2012

Status KG..cik Aifa menjawab....

bila bace tajuk entry..macam gaya tajuk rancangan tv pulak kan?hihihi....okey...entry ini di update bertujuan untuk menjelaskan beberapa perkara yang mungkin kawan2..kakak2 sume tak tahu n mungkin juga nak tahu tentang  KG :-)



Pertama : Tentang Cik Aifa ( saya le tu :-)   )

sya cuma part time menulis..suka2..bila ada idea..besa2 time mlm2 le idea mendatang...bekerja sepenuh masa (8-6 pm ). Malam pun kerjanya melayan kerenah puteri2 kesygn. makanya, saya minta maaf banyak2 seandainya comment anda saya tak balas..sama ada di fb atau blog.sejujurnya, comment2 anda semuanya saya baca dan amat2 sya hargai..kalo ikut hati, mmg nk reply...cumanye..mase untuk online sgt2 limited.kalau dpt online sejam tu..wahhhh..dah cukup gembira rase nak lompat2.jd maaf ye, kalau2 ada yg tersinggung.sumpah!!! saya tak sombong.... ( sambil angkat tgn cam nak baca rukunegara..hahaha)...tak caye? cerrr ajak jumpa memana, kita borak..confirm anda tak terlayan celoteh saya :-) tak caye lg? leh tanye my sis (Aina Eyna..sorry dik...jgn marah ye...kita kawan kan? :-) ) bagaimana dia tak terlayan celoteh saya..

Kedua : Tentang e-novel kahwin ganti

Alhamdulillah, e-novel kahwin ganti sudah hampir siap ceritanya.InsyaAllah, jika ada rezeki akan diterbitkan. Tapi bila? saya sendiri tak pasti. Apa pun, saya berharap dalam tahun ni juga memandangkan kita masih di awal tahun ye tak?Alhamdulillah, dengan sokongan anda semua yang sangat membantu dan menaikkan semangat saya untuk terus menulis, Kahwin ganti akhirnya disunting juga. Tapi, final decision / result masih belum ada. Sebabnya, manuskrip penuh masih ada pada saya dan masih edit2 lg dan belum dinilai sepenuhnya.

Manuskrip, memang totally berbeza dgn yang anda bace di blog ni atau di penulisan2u.ada banyak bab yang tiada dlm blog ni terutama di awal2 cerita yang mana tiada scene langsung yg menceritakan tentang sikap nuqman. awal2 lg anda kenal luqman kan?so dlm full manusrip, insyaAllah anda juga akan berkenalan dgn nuqman . jadi, entry2 di blog ni..emmm camane nak ckp ye...emmmm...kirenya, bab-babnya akan berbeza nanti.

 Harap-harap, KG lulus ujian dan berjaya diterbitkan.Amin!
 

Ketiga dan Terakhir : Entry KG di blog diberhentikan buat sementara

Diberhentikan?Sementara saja....hingga full manuskrip siap edit n aifa puas ati dgn storyline dari awalhingga akhir :-) tapi full entry hanya ada setakat Bab 21....yang selebihnya hanya akan ada sedikit sedutan...bab pun agak melompat-lompat sedikit. Full entry bagi bab 22 dan ke atas terpaksa dibekukan buat seketika sementara editing full manuskrip sedang dilakukan.


Okeylah ye..sekian bebelan dari cik aifa..tq sbb sudi dengar...tp nk comment pun boleh juga..sgt di alu- alukan.kalau ada sebarang kemusykilan..jgn segan2 untuk msg.comment di fb..insyaAllah..bila berpeluang akan dibalas....

terima kasih buat semua yang  kuat meyokong KG dari belakang...

sayang anda semua!!!

ikhlas,
aifa batrisya
2/2/12
12.55 am

Jom borak!

 

******Ini nukilan hati aifa ***** Published @ 2014 by Ipietoon